Thursday, 15 December 2011 06:46
Seorang Juruterbang
Aku kembali sunyi, leka semula dengan internet, ku luangkan banyak masa dengan rakan-rakan siber..kenapa..??
sebab aku tidak mahu melayan kepedihan yang bersangkar dalam sanubari ini lantaran memikir dia yang dibuai cinta baru.
Namun begitu tidak pernah ku abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sentiasa ku tampilkan wajah yang ceria di hadapan anak-anak.
Muncul pula E1 dalam hidupku sekadar kawan tidak lebih daripada itu, seorang juruterbang di bumi kenyalang, seperti Z ternyata E1 juga lebih muda usianya berbanding aku.
Dia melayanku sebagai seorang sahabat, hari demi hari hubungan kami semakin mesra walaupun aku tidak pernah bersua muka sehinggalah suatu hari dia menyatakan rasa sayang dan kasihnya padaku, sememangnya E1 sedang mencari calon isteri ....
Aarrgghh.....!! mana mungkin, aku masih isteri orang lagipun aku sayangkan suami, anak-anak dan keluarga kami, tidak pernah terfikir di hatiku untuk mengkhianati mereka.
Janji E1 dia akan menjaga aku dengan sepenuh hatinya sekiranya berlaku apa-apa pada diriku, dia sanggup dan ikhlas menunggu ku sampai bila-bila pun.. tentu aku tidak mahu menyiksanya sebegitu, ku katakan padanya, carilah calon yang lebih sesuai.